Tempat: Masjid Batu
Penyampai: Ustaz Halim Nasir
Surah Al-Maidah yang bermaksud hidangan. Diberikan namanya bersempena
dengan kisah di hujung surah mengenai Nabi Isa dan kaumnya dalam
menghadapi kaum Yahudi. Kaum Nabi Isa kelaparan yang amat sangat lalu
mereka meminta Nabi Isa untuk berdoa kepada Allah supaya diturunkan
hidangan dari langit untuk mereka.
Nabi Isa lalu berdoa dengan satu doa yang telah dirakam di dalam Al-Quran, doa pembuka rezeki.
(Doa ini telah diberikan kepada Ustaz Halim Nasir tiga beradik oleh guru mereka ketika mereka menuntut ilmu di Mekah)
Isa putera Maryam berdoa, "Ya Tuhan kami,
turunkanlah kepada kami hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan
menjadi hari raya bagi kami, yaitu orang-orang yang sekarang bersama
kami mahupun orang yang datang setelah kami (rezki yang berpanjangan),
dan menjadi tanda bagi kekuasaan Engkau, berikahlah kami rezeki,
sesungguhnya Engkaulah sebaikbaik pemberi rezeki.
[Al-Maidah: 114]
Doa ini bukan saja meminta supaya Allah menurunkan rezeki, malah rezeki
yang turun itu juga melimpah ruah, sehingga ke generasi-generasi
selepasnya. Amalkanlah doa ini terutamanya apabila berada di dalam bulan
mulia ini, semoga kita semua dilimpahkan oleh-Nya rezeki yang
diberkati.
Kisah hidangan yang turun dari langit bukan sahaja berlaku kepada Nabi
Isa. Maryam ibunya turun diberkati dengan perkara yang sama. Pada ketika
itu Nabi Isa masih belum lahir. Tercatat dalam Al-Quran kisah Maryam
menerima hidangan dari langit.
Maka Dia (Allah) menerimanya dengan penerimaan
yang baik, membesarkannya dengan pertumbuhan yang baik, dan penyerahkan
pemeliharaannya kepada Zakaria. Setiap kali Zakaria masuk menemuinya di
mihrab (tempat khusus untuk beribadah), dia mendapati ada makanan di
sisinya (Maryam).
Dia berkata, "Wahai Maryam, dari mana engkau perolehi makanan ini?"
Kata Maryam, "Itu daripada Allah."
Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki tanpa perhitungan.
[Al Imran: 37]
Dalam Surah Al-Maidah turut diceritakan kisah Nabi Musa berhadapan
dengan kaum Bani Israel. Bani Israel ini sememangnya terkenal dengan
kedegilan mereka. Walaupun berhadapan dengan nabi utusan Allah, namun
mereka masih angkuh dengan Allah.
Buku "69 Jam di Penjara Yahudi" tulisan saudara Nor Azman adalah buku
yang dicadangkan oleh Ustaz Halim untuk melihat sendiri bagaimana kejam
dan tidak berperikemanusiannya kaum Yahudi ini. Berlatar belakangkan
peristiwa hitam Mavi Marmara ketika NGO-NGO di seluruh dunia bergabung
menyertai satu misi kemanusiaan Gaza.
Antara coretan yang paling menyentuh hati adalah ketika mana
pegawai-pegawai tentera Yahudi yang naik ke atas kapal itu mendesak dan
mendesak, bertubi-tubi bertanyakan mereka soalan yang sama, "Ketika kami
di dek yang ke dua (kapal ada lima dek), pegawai dan tentera-tentera
kami terkencing di dalam seluar mereka. Siapa enam lelaki berjubah putih
yang mereka lihat di atas dek itu?!"
MasyaAllah. Allah menghantar pertolongan kepada sesiapa sahaja yang dia kehendaki. (Cerita lanjut ustaz suruh baca sendiri).
Dalam bulan Ramadhan yang barakah ini, berusahalah mendekatkan diri
kepada Allah, dan amalkanlah doa pembuka rezeki, doa Nabi Isa. Semoga
setiap perkara yang kita lakukan mendekatkan kita lagi kelada Sang
Pencipta. Allahumma Amin.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar